Kembara Indochina 2017 : Ho Chi Minh (HCM)



Alright, lets move to ho ci minh pulak. Basically orang akan pergi sini sebab shopping kan. Good, sebab sini memang rata-rata barang murah. Tapi aku bukan lah jenis kaki shopping sangat, tak pandai bergaya katanya. Bajet pon tak banyak, tapi dapat lah beli kopi vietnam je sebab sini kopi dia umphhhhh. So, apa yang aku buat kat Ho Chi Minh ni selain shooping? Jom!

First, masa sampai dari Mui ne tu awal pagi and masa tu memang lapar lagi. So, since kami memang dah bagitau kat hostel yang pagi tu kami nak letak beg dulu (sebab tak leh checkin lagi) , kami terus cari makanan. Aku beli roti (Banh mi) je since banyak kedai tak bukak lagi. Yang jual tu makcik tua, so memang dia kurang faham sikit bahasa english and luckly ada sekawan budak uni kat situ. Diaorang offer bantuan, maybe sebab nampak aku dengan makcik tu macam ayam dengan itik kot. Hahah.


A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on


So, dah setel sarapan tu, aku pergi 'Notre-Dame Cathedral Basilica'. Architecture bangunan ni sendiri dah lawa, cuma aku tak dapat masuk bahagian dalam since kawasan ni tengah dalam proses baik pulih. Hah, Aku pergi sini jalan kaki je since jalanraya dalam bandar tu pon macam sesak je, kalau naik uber/grab confirm mahal dan mengambil masa kan.


2nd, aku pergi post office. Jauh? nope. Tersangat lah dekat dengan notre dame tu (sebelah je).  So, korang boleh dah plan nak pergi mana dulu kan. Interior dia pon lawa, masa mula2 masuk tu aku amaze gak. Ye lah sebab pejabat pos je pon lawa dah. Try lah pergi. Entrance fee free je dan kalau korang penggumpul setem, boleh dah beli dalam tu, murah je.



Okay lepas dah puas berjalan dalam tu, kami berjalan lagi ke hard rock cafe. Nie cuma singgah je, kalau korang memang peminat 'Hard rock cafe', boleh lah singgah & shopping. Belakang pejabat pos tu je. Then lepas cuci-cuci mata kat situ, aku pergi 'Reunification Palace' atau lebih dikenali sebagai 'Independence Palace' . Okay kat sini ada entrance fee tau which is 50.000 VND untuk dewasa dan 30.000VND untuk kanak-kanak. Tapi aku tak masuk lah, just bergambar-bergambar je depan tu acah-acah masuk. haha



Lepas dah selesai area situ, next adalah BEN THAN! Hah sini yang popular di kalangan malaysian pon. Masa kat ben than tu aku memang dah set target nak beli kopi vietnam je. So, memang tak survey lah barang lain. Tip nak murah kat sini first korang memang kena rajin survey, hah dan 2nd korang kena lah pandai tawar menawar kat sini. Tapi jangan pulak korang dah tawar menawar kaw2 sampai potong kaki punya harga last-last tak jadi beli. Memang jadi kes tau sampai orang sana dah target, kalau malaysian yang datang memang diaorang malas layan sikit. Kan buruk imej malaysian tu.



Alright lepas dah dapat hasil, aku nak bergerak balik hostel dulu since nak check in dan kemas kan diri sikit. Hah kalau korang nak rasa kopi vietnam kan aku suggest kat korang is beli air tu dari orang yang jual-jual tepi jalan. Tu lagi sedap compare to jual kat restoran. Sebelum balik bilik, pergi makan dulu since dah tegah hari kan. Kat area ben than tu, memang banyak kedai masakan halal (in case korang risau). Dan korang boleh jugak bayar pakai RM, mana tau duit yang korang tukar tu dah habis kat shopping kan.  Standard nasi goreng RM10 lah depends on apa yang korang makan.


A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on

Lepas dah rehat-rehat sekejap, kami decide nak berjalan lagi. Ye lah bukan boleh selalu ulang alik pon kan. Next destination is indpendence monument. Tempat yang berbeza tau and monument ni dekat dengan Saigon Walking Street. And in case korang peminat kopi, kat situ ada satu banggunan lama yang diaorang dah hispter kan. Hah kat situ banyak cafe-cafe. Korang nak masuk area situ kena bayar tau 3,000VND tapi kalau korang lepak situ minum kopi, bayaran tu akan dipulangkan semula. So, tak yah risau mahal.


A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on

Tu je yang aku pergi area ho chi minh since cover sini sehari je. Tapi kalau korang ada banyak masa, korang boleh pergi chu chi tunnel. Hah yang ni jauh sikit dari bandar. So, memang kena cari transportation. Tak kan nak jalan kaki ye dok. Selain tu is mekong river. Korang boleh naik boat kat mekong river. Lawaaaa. cuma aku tak sempat pergi.

Ouh ye, sebelum aku tamat kan entry ni. Mesti ramai tertanya-tanya kan HCM ni sebenar nya selamat ke tak, lagi-lagi yang solo. Okay for me masih selamat. Scammer? mana-mana tempat pon mesti ada scammer. Okay aku ada satu pengalaman pasal scammer kat ho chi minh ni. Masa awal-awal sampai tu, kami memang dah menggagau lah kan nak cari bas station nak pergi mui ne. Then tengah sibuk-sibuk mencari tu, kami didatangi dengan sorang brader ni (dia naik motor). Basically, cara dia approach sama. Kalau korang malaysian nanti tertiba dia cakap lah dia ada ramai kawan malaysian. Then dia akan offer pertolongan kat kau dengan balasan hanya tulis ucapan kat buku dia je (sambil tu dia tunjuk lah ucapan-ucapan orang sebelum ni). Tu permulaan, lepas tu nanti lama sikit di ubah, naik kan harga and so on. Mula-mula tu aku macam layan-layan gak, serius tak rasa macam scam. Suddenly, ada ternampak satu pasangan ni pandang-pandang aku sambil geleng kepala (kira macam halau aku dari situ). Hah baru aku sedar then terus tak layan scammer tu dah. So, senang cerita korang kat sana tak payah layan kalau sesiapa approach kau. Nak tanya pasal jalan, better tanya orang berniaga @ pak guard ke apa ke. Better google je. Haha

Anything, korang boleh roger aku kat instagram : @pumaterbang 


Danke!

Comments